Program Qiadah Teman Bacaan Bersama Pejabat Menteri Besar Kelantan di Bas Ekspres Mutiara

KOTA BHARU, 21 September 2025 – Program Qiadah Teman Bacaan telah dijalankan hari ini untuk penumpang bas Ekspres Mutiara yang berlepas dari Terminal Lembah Sireh ke destinasi masing-masing.

Aktiviti ini bertujuan menjadikan Majalah Qiadah, korporat rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebagai teman bacaan sepanjang perjalanan. Majalah ini memuatkan artikel berkaitan pembangunan negeri, budaya, serta perkhidmatan untuk masyarakat, sekaligus memberikan pengalaman perjalanan yang lebih bermanfaat.

Dalam kesempatan tersebut, pasukan E-Mutiara turut beramah mesra dengan penumpang, bertanya khabar, mendengar cerita perjalanan mereka, serta berkongsi pengalaman menaiki bas. Antara yang ditemui ialah penumpang Mutiara Luxe ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan menunaikan umrah.

Program ini disertai oleh Encik Hisham Lokman, Ketua Pegawai Korporat E-Mutiara, bersama Encik Mohamad Najib Mustapa, Pengurus Operasi, serta pasukan Bahagian Komunikasi Korporat. Turut hadir ialah kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat PMBK yang diketuai Pengurusnya, Puan Sukma Murni Adnan. Kehadiran mereka memperkukuh hubungan antara syarikat pengangkutan dan pihak kerajaan negeri dalam mempromosikan budaya membaca serta pengalaman perjalanan berkualiti.

E-Mutiara merakamkan penghargaan kepada semua penumpang atas sokongan berterusan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menambah nilai perjalanan, malah menggalakkan kesedaran keselamatan dengan peringatan untuk memakai tali pinggang keselamatan sepanjang masa.

Program Qiadah Teman Bacaan ini menekankan komitmen E-Mutiara untuk menggabungkan pengalaman perjalanan yang selesa dan bermanfaat, sambil memupuk hubungan erat dengan komuniti setempat dan pihak kerajaan negeri.

Leave a Reply