Travel Better This Deepavali with Mutiara Luxe

Bulan Oktober membawa satu lagi peluang untuk anda menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan cuti hujung minggu panjang sempena Deepavali 2025.


Bagi mereka yang merancang perjalanan ke Kota Bharu, Kuala Lumpur, Shah Alam atau Putrajaya, pilihan terbaik bukan lagi dengan memandu sendiri atau melalui penerbangan. Kini anda boleh menikmati perjalanan premium dengan Mutiara Luxe, bas eksekutif mewah dari Konsortium E-Mutiara Berhad.

Setiap perjalanan bersama Mutiara Luxe menawarkan gabungan keselesaan, ketenangan dan layanan yang eksklusif. Bas ini direka khas untuk memenuhi keperluan penumpang moden yang mengutamakan keselesaan.

Antara kelebihan utama Mutiara Luxe termasuk:

  • Tempat duduk besar dan boleh baring luas, seakan kabin kelas perniagaan dalam pesawat
  • Hidangan panas percuma disajikan semasa perjalanan
  • WiFi percuma dan port pengecas USB di setiap tempat duduk
  • Tandas bersih dan selesa di dalam bas
  • Snek ringan percuma ketika naik
  • Kru bertugas yang mesra dan berpengalaman, memastikan setiap keperluan anda diambil perhatian

Musim perayaan adalah masa terbaik untuk menghargai diri sendiri dan orang tersayang. Dengan jadual kerja dan kesibukan harian, perjalanan menaiki bas eksekutif seperti Mutiara Luxe memberikan ruang untuk anda benar-benar berehat sebelum sampai ke destinasi.

Tempat duduk Mutiara Luxe adalah terhad, dan permintaan biasanya meningkat menjelang musim cuti panjang. Rancang perjalanan anda lebih awal dan pastikan tempat duduk anda hari ini melalui laman www.mutiaraluxe.com.my

Nikmati perjalanan, raikan perayaan. Travel Better with Mutiara Luxe

Leave a Reply