Pelancaran Yayasan Kasih Mutiara

Pelancaran Yayasan Kasih Mutiara disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif, Pak Nik Lah, sebagai usaha memperkukuh tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Pada 2 September 2025, bertempat di Dewan Bunga Emas Perdana Kota Bharu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Yayasan Kasih Mutiara (YKM) yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam suasana penuh bermakna dan bersejarah. Majlis ini menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan Konsortium E-Mutiara Berhad dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat.

Penubuhan Yayasan Kasih Mutiara merupakan manifestasi kesungguhan syarikat untuk memperluaskan peranan di luar bidang pengangkutan awam dengan memberi tumpuan kepada pembangunan insan dan kebajikan komuniti.

Yayasan ini akan menumpukan usaha kepada penyediaan dermasiswa dan biasiswa pendidikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan, bantuan kepada anak-anak yatim, institusi tahfiz, dan rumah kebajikan, serta pelaksanaan pelbagai inisiatif sosial yang menyantuni golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh para tetamu kehormat, rakan strategik, dan warga kerja E-Mutiara yang bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut. Kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan sebagai perasmi amat dihargai dan menjadi simbol sokongan kuat terhadap usaha murni ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Pak Nik Lah, yang menyatakan harapan agar yayasan ini menjadi wadah kebajikan berterusan yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Dengan visi untuk menyalurkan manfaat kepada segenap lapisan rakyat, Yayasan ini bertekad untuk melakar legasi kasih sayang dan kebajikan yang akan diwariskan dari generasi ke generasi. Melalui nilai keprihatinan dan semangat muafakat, YKM diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat penyayang, progresif, dan sejahtera.

Yayasan Kasih Mutiara, Tangan Yang Memberi

Leave a Reply